INDIA
8H6M THE REAL KASHMIR
KUALA LUMPUR - DELHI - SRINAGAR - SONAMARG - GULMARG - PAHALGAM - AGRA
PAKEJ PENUH TANPA KOS TERSEMBUNYI
HARI 1: KUALA LUMPUR – DELHI (-/-/MM)
- Berkumpul di KLIA1 4 jam sebelum berlepas.
- Urusan check in bagasi dan boarding pass serta taklimat dari pengiring Morza Travel.
- Berlepas ke Delhi dan tiba di Indira Gandhi International Airport Delhi dan disambut oleh wakil Morza Travel.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
- Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI DELHI
HARI 2: DELHI – SRINAGAR (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
- Bertolak ke Srinagar yang terletak di daerah Kashmir dengan menaiki penerbangan domestic.
- Tiba di Srinagar, peserta dibawa ke Dal Lake Srinagar untuk Check in Houseboat Srinagar.
- Makan tengahari dan solat di Houseboat Srinagar.
- Memulakan lawatan ke Tulip Gardens.
- Seterusnya lawatan ke 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Kedua-dua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal yang memerintah sebahagian besar India.
- Lawatan ke Nishat Bagh iaitu sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake dan lawatan ke Shalimar Bagh iaitu Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”.
- Lawatan ke Masjid Dargah Hazratbal.
- Lawatan ke Authentic Carpet Showroom untuk peserta melihat cara pembuatan karpet dari Kashmir yang ditenun secara tradisional.
- Kembali ke Houseboat dan makan malam serta aktiviti bebas.
BERMALAM DI HOUSEBOAT SRINAGAR
HARI 3: SRINAGAR – SONAMARG (SP/MT/MM)
- Solat subuh dan sarapan pagi di houseboat.
- Lawatan ke kawasan pergunungan di Sonamarg yang bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road yang menyambungkan antara Kashmir dan Tibet.
- Dengan ketinggian 2730m, Sonamarg menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah meliputi puncak-puncak gunung di sekitar Kashmir Valley seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak dan juga tasik-tasik sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake.
- Dengan bayaran tambahan, peserta boleh menyewa kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier ketika musim panas.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Kembali ke Srinagar, singgah membeli belah di di pasar tempatan.
- Menaiki boat untuk pulang ke Dal Lake Houseboat.
- Makan malam dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI HOUSEBOAT SRINAGAR
HARI 4: SRINAGAR – GULMARG (SP/MT/MM)
- Solat subuh, sarapan pagi di houseboat dan daftar keluar houseboat.
- Peserta dibawa ke pergunungan Gulmarg Srinagar.
- Pergunungan Gulmarg turut dikenali sebagai Meadow of Flowers dengan menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola menuju ke puncak gunung setinggi 3950 meter.
- Gulmarg merupakan destinasi percutian yang terkenal semenjak dari abad ke-16 ketika zaman Empayar Mughal lagi dengan tarikan pemandangan panorama indah pergunungan Himalaya di sekelilingnya dan juga sekitar kawasan ini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang tumbuh meliar ketika musim bunga dan musim panas. Selain itu, Gulmarg terkenal sebagai pusat golf dan juga sukan pada musim sejuk.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Membeli belah di Showroom yang mana menjual pelbagai jenis barangan.
- Kembali ke Srinagar, Check in hotel.
- Makan malam di restoran halal tempatan.
BERMALAM DI SRINAGAR
HARI 5: SRINAGAR - PAHALGAM - SRINAGAR (SP/MT/MM)
- Solat subuh dan sarapan pagi di hotel.
- Meneruskan perjalanan ke Pahalgam dan singgah membeli belah di Dry-Fruit Showroom yang terbesar. Peserta juga dapat membeli Saffron yang berkualiti dihasilkan dari Iran & Sepanyol.
- Lawatan ke Apple Valley untuk melihat ladang epal secara dekat.
- Tiba di Pahalgam, makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Pahalgam juga dikenali sebagai The Valley of Shepherds iaitu sebuah taman rekreasi yang terkenal.
- Lawatan ke Aru Valley & Betaab Valley Pahalgam iaitu sebuah lembah yang tenang dan indah dengan pemandangan gunung Himalaya yang dilitupi salji.
- Jika ada kesempatan masa, peserta boleh menyewa kuda untuk bersiar-siar ke beberapa tempat seperti Baisaran, Kashmir Valley atau Dabiyan.
- Kembali ke hotel, makan malam dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI SRINAGAR
HARI 6: SRINAGAR – NEW DELHI – AGRA (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
- Meneruskan perjalanan ke Delhi dengan menaiki penerbangan domestic.
- Tiba di Delhi, makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Meneruskan perjalanan ke Agra dengan menaiki bas.
- Tiba di Agra, Check in hotel.
- Makan malam dan aktiviti bebas.
BERMALAM DI AGRA
HARI 7: AGRA – KUALA LUMPUR (SP/MT/MOB)
- Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
- Meneruskan lawatan di Agra.
- Lawatan ke Taj Mahal merupakan sebuah binaan yang dianggap sebagai antara 7 keajaiban dunia kerana seluruh kawasan kompleks ini dibina dengan simetri yang tepat. Keseluruhan kompleks ini dibina menggunakan batu marmar putih dengan 4 buah menara dan kubah bangunan utama mencapai ketinggian 73m.
- Lawatan ke Marble Factory yang menjual pelbagai jenis batu permata.
- Makan tengahari di restoran halal tempatan.
- Membeli belah terakhir di beberapa buah pasar yang menjual pelbagai barangan sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
- Meneruskan perjalanan ke Indira Gandhi International Airport Delhi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- Berlepas ke Kuala Lumpur.
HARI 8: KUALA LUMPUR
- Tiba di Kuala Lumpur & urusan bagasi dan imigresen.
- Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari India. Terima kasih kerana memilih Morza Travel Sdn Bhd sebagai teman perjalanan anda.
PAKEJ STANDARD
Penerbangan
MALAYSIA AIRLINES
Penginapan
Harga Pakej
MORZA PROMO JIMAT RM 200
DEWASA
BER2 / BER3
RM 4,770
RM 4,970
DEWASA
SEORANG
RM 5,570
RM 5,770
KANAK2
BERKATIL
RM 4,770
RM 4,970
KANAK2
TANPA KATIL
RM 4,570
RM 4,770